WAHAI IPHONE ‘USERS’, KENAPA RAMAI MASIH TIDAK TAHU FUNGSI ‘LUBANG MISTERI’ INI!

KUALA LUMPUR: Adakah anda sedar terdapat lubang di antara kamera dan pemancar cahaya (flash) pada telefon pintar jenama iPhone anda?

Tahukah anda mengapa terdapat lubang tersebut, atau anda hanya menganggap lubang tersebut sebagai satu bentuk hiasan atau atau fesyen terkini bagi teknologi mudah alih?

Atau anda tidak pernah mengambil kira bahagian tersebut dan tidak ambil tahu pun fungsi sebenar bahagian tersebut.

 

Lubang yang terdapat pada telefon pintar anda sebenarnya berfungsi sebagai satu daripada tiga mikrofon.

Dua lubang yang berbaki boleh ditemui pada bahagian kamera hadapan dan pada bahagian bawah telefon (bersebelahan pembesar suara).

Penggunaan tiga mikrofon ini sebenarnya telah diperkenalkan pada pelancaran iPhone 5, tahun 2012 yang lalu.

Lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai mikrofon nyahbunyi (“Noise Cancelling Microphone”) yang membolehkan pengguna telefon pintar ini melakukan panggilan telefon dalam suasana bising.

Mikrofon utama terletak di bahagian bawah telefon berfungsi untuk menangkap suara anda sewaktu panggilan telefon.

Fungsi utama mikrofon kedua yang terletak pada bahagian kamera hadapan dan kamera utama adalah mengesan bunyi luaran atau suasana bising yang kemudiannya ditapis melalui sistem nyahbunyi.

Secara keseluruhan memberi anda keselesaan dan kualiti yang optimum sewaktu membuat panggilan telefon dan bunyi latar yang bising sewaktu menggambil video atau panggilan video.

Perkara yang perlu dipelajari ‘Dak Dak Wicet’ Malaysia

Perkara yang perlu dipelajari 'Dak Dak Wicet' Malaysia

SIAPA dari generasi teknologi yang tidak tahu aplikasi WeChat?

Di Malaysia, aplikasi sosial itu digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan pelajar sekolah masa kini untuk berbalas teks, gambar dan sebagainya.

Cukup meluas sehingga wujud slanga yang tercipta khas untuk golongan pengguna tegar aplikasi itu iaitu “Dak Dak Wicet” (ringkasan daripada Budak-Budak WeChat).

Istimewanya tentang golongan ini ialah mereka dikatakan berkomunikasi menggunakan cara penulisan dan bahasa yang agak pelik dan ada kalanya menjengkelkan.

Ketika Dak Dak Wicet asyik dengan dunia mereka, sebahagian kelompok masyarakat celik lain memanfaatkannya untuk menjalankan bermacam jenis perniagaan seperti menjual kerepek, pakaian dan sebagainya.

Namun ada juga yang menyalah guna aplikasi itu untuk tujuan kotor seperti menawarkan perkhidmatan seks!

Sayang sekali rakyat negara kita tidak melihat kemudahan yang tercipta dalam era dunia tanpa sempadan masa kini untuk menambah baik kualiti kehidupan sendiri apatah lagi masyarakat sejagat.

Berbeza di China apabila WeChat digunakan secara sangat meluas, sehingga segalanya dipacu daripada aplikasi tersebut.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di wilayah Hangzhou apabila pembayaran di vendor mesin, pasar raya, gedung beli-belah sehinggalah tambang perkhidmatan pengangkutan awam, semuanya dibayar menggunakan WeChat!

Dengan QR Code, kod unik tersebut mewakili maklumat peribadi pengguna merangkumi butiran pengenalan diri dan akaun bank memudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian.

Azmina merupakan antara pelajar Malaysia yang terpilih untuk Programme Youth Commerce adalah anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Dan Alibaba global
Azmina merupakan antara pelajar Malaysia yang terpilih untuk Programme Youth Commerce adalah anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Dan Alibaba global

Malah, anda akan mendapat diskaun sekiranya membayar tambang teksi dengan menggunakan WeChat berbanding membuat pembayaran secara tunai.

Kejayaan Alibaba Group Holding Limited sebagai sebuah syarikat terbesar di dunia kini mencatatkan keuntungan lebih AS$23 bilion (RM91 bilion) juga disumbangkan daripada 50,000 pengguna tegar WeChat!

Menyedari hal itu, syarikat gergasi tersebut menerusi Alibaba Global menjalankan usahasama dengan kementerian pengajian tinggi China untuk mewujudkan program E-Youth Commerce di mana 30 pelajar universiti dipilih untuk memperkukuh perniagaan yang dijalankan oleh para penuntut universiti masing-masing.

Macam inilah ‘Dak Dak Wicet’ yang ada kelas!

Sumber:astro awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*