ASTAGHFIRULLAHAL’AZIIM. Betapa Mudahnya Kita DITIPU! Anda Mungkin Pernah Baca @ Lihat Video2 Tentang Kisah2 VIRAL, POPULAR Tentang ISLAM Tetapi Ternyata PALSU? Jangan TERTIPU Lagi

Kami pasti anda pernah dengar atau lihat video mengenai kisah anak disumpah menjadi makhluk pelik kerana derhaka kepada ibunya? Atau anda pernah lihat video berlatar belakangkan audio orang membaca ayat Al-Quran, mengenai seorang anak bertukar menjadi ikan kerana buat dosa kepada kedua ibu bapanya.

Sejauh manakah kebenaran video atau penyebaran kisah itu di sosial media? Adakah semua cerita itu fakta atau pun palsu? Jom kita baca pencerahan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Pernah lihat foto di bawah ini? Ini kisahnya

Korang mesti pernah nampak gambar ni kan? Yes, gambar ni rasanya 10 tahun yang dulu agaknya. Dan anda pasti setuju, gambar ni sangat viral sampai mak2 kita print gambar ni dan share kepada rakan mereka. Ini lah gambar yang dikatakan anak derhaka yg disumpah

Menurut cerita tu, bkn sahaja derhaka tapi dia juga sepak ibu nya yg sedang baca Quran. Walaupun cerita ni dh lama, tapi kalau diviralkan sekali lgi skrg. Pasti generasi baru akn tertipu juga. Sebenarnya ini adalah hoax. Ini adalah anak patung, namanya Leather Landscape

Walaupun cerita tu ada pengajaran yg bagus iatu jgn derhaka ibubapa dan hina al Quran. Kita tak menafikan ia adalah dosa besar dan untuk azab diturun secepatnya pun tak mustahil dgn izinNya. Tapi hoax tetap hoax.

Dan pereka anak patung ini, Patricia Piccinini, berasa marah kerana karyanya dikaitkan cerita rekaan.

Anda pernah lihat video di bawah?

Ini cerita yang hampir sama iatu disumpah pula jadi ikan. Tapi bile orang check balik, rupanya ia adalah satu jenis ikan namanya “Guitar Fish.”

Bayi dajjal mata satu?

“Dajjal” dah dilahirkan.

Ini satu benda yang memalukan sekali. Rasa kesal dgn manusia yg boleh gelarkan seorang bayi yang dilahirkan dgn cyclopia sbg Dajjal.

Apa agaknya perasaan ibubapa itu apabila orang yg jahil memanggil bayi mereka sebagai Dajjal? Cuba buka hadis. Baca kitab ttg al fitan, islamic eschatology dan ilmu akhir zaman. Mereka pasti tau Dajjal sudah lama ada sejak zaman Nabi lagi.

Dajjal juga ada dua mata. Cuma mata sebelah nya buta. (Ada ulama kata mata kanan. Ada kata mata kiri). Bukan mcm cyclop. Cuba baca hadis ttg Tamim Ad Dari yang terjumpa Dajjal di sebuah pulau. Itu berlaku di zaman Rasulullah ﷺ.

Lagu ‘cumi cumi’ berkaitan dengan Yahudi?

Ada juga orang yang post benda yang kaitan dengan “kalau diterjemahkan ke bahasa Hebrew maksudnya adalah ..” Kaitkan dengan Gangnam Style, Pokémon la. Baru2 ni “cumi cumi cumi” maksudnya adalah yahudi.

Masjid yang dah ditutup azan dengan sendiri.

Agak viral juga video ni. Tapi rupa nya ia adalah azan di sebuah Masjid di Stockholm dan ramai wartawan dtg untuk saksikan.

Jangan mudah percaya, jangan cepat share

Sebenarnya banyak sekali berita2 yang dikaitkan dgn agama antaranya “Neil Amstrong, M Jackson masuk Islam.”, “Syeikh Sudas meninggal dunia”, “Trump nak bakar al Quran di Trump Tower” etc yg diviralkan. Thread ni untuk mendidik kita untuk lebih berhati2.

Ni semua kerja orang yang takde kerja. Orang yang suka reka benda karut. Atau mungkin sengaja nak dapat banyak share/RT. Dan orang spt ni akan tetap ada sampai bila2. Tapi biarlah kita ni tak jadi orang yang akan sebarkan tanpa check terlebih dulu.

Lagi-lagi ilmu agama spt hadis palsu yang sering diviralkan. Pereka hadis yang tak takut untuk dusta atas nama Nabi akn sentiasa ada di setiap zaman. Jangan cepat share. Check dgn pakar hadis ia sahih atau palsu? Moga article ni bermanfaat InshaAllah.

Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..

 

sumber : tvdakwahmy 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*