Tips Jimat Untuk Pasangan Yang Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup.

Pafa zaman sekarang ini, perkahwinan di usia muda seolah-olah sudah menjadi satu trend baru. Ramai yang sudah mendirikan rumahtangga sebaik saja habis pengajian, tak kurang juga yang masih bergelar pelajar dah menjadi isteri dan suami orang.

Malah ada juga segelintir ibu bapa yang menentang trend ‘kahwin muda’ ini, iyalah besar tanggungjawabnya bila sudah berkahwin. Jom baca perkongsian daripada wanita ini tentang kehidupan berumahtangganya. Rezeki mereka melimpah ruah selepas berkahwin.

– plan well, survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes.

– buat ikut kemampuan, kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan, xkan anak da masuk tadika, hutang x habis lagi. choose wisely. say NO to loan.

– baju nikah beli kain and tempah je kat makcik murah2 asalkan cantik, atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. lepas nie blh buat sewa untuk next bride pulak.

– hantaran dulang, for me tak perlu kot sbb time tunang mestilah da berdulang-dulang, lepas kahwin belilah ape nak beli bagi hadiah kat suami isteri hihi.

– pelamin amek yang simple and nice, kalau ada promotion lagi bagus. untuk tangkap2 gambar.

– photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari2 pon, last2 berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !

– duduk dan bincang elok2 dgn family, nak buat yang wajib sahaja.supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula2 mungkin tak faham, jika tak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mudah dan x membebankan, my parent just nikah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah..

– jangan gunakan duit hantaran untuk majlis, please simpan duit, if korang suruh lelaki saving RM10k utk hantaran, korang patut simpan RM10k juga untuk kenduri belah korang, supaya xkering selepas kahwin, duit hantaran gunakan sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.

– Jangan terlalu ikut trend dan feeling macam artis, hello back to reality xde orang nak sponsor kau pon hahaha. yang mak2 jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jgn gunakan alasan sekali seumur hidup.

– duit hantaran bukan hak milik keluarga, duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin sentap duit takde.

– mak-mak jangan tekan2 anak sangat, kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, nie paksa anak mengalahkan anak kerja CEO. Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. asalkan dah halal ?

A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE
share and like jika setuju <3

ikhlas dari akak yang baru jadi PUAN.

Sumber: Puteri Nurfarahain

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*