Jom Cuba Cara Unik Rebus Telur Agar Bahagian Kuning Di Luar Ni

Pernah dengar tentang amalan diet dengan putih telur? Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang agak berbeza dengan kuningnya yang lebih berlemak. Berdiet dengan putih telur dianggap benda kecik yang remeh tetapi sebenarnya berdiet dengan cara ini memberikan impak yang besar terhadap penurunan berat badan dan bentuk fizikal. Mahu cuba? Jom, kami kongsikan sedikit tips bagaimana kaedah pengamalannya agar matlamat untuk kurus menjadi kenyataan.

Pertama sekali, untuk turunkan kadar gula dalam badan yang menjadi salah satu punca kegemukan adalah dengan memakan putih telur. Makanlah putih telur seberapa banyak yang anda mahu kerana ia tak memberi kesan kepada peningkatan berat.

Cara memasaknya terpulang kepada anda, cuma jangan gunakan minyak untuk menggoreng dan jangan makan bersama sos. Namun, jika anda ingin menggunakan minyak untuk mempelbagaikan selera, pilihlah minyak yang berasaskan minyak zaitun.

Tetapi kali ini kami ingin kongsikan cara nak rebus telur yang cukup unik sekali

Telur sentiasa menjadi menu ringkas kerana mudah disediakan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Namun begitu, ada sesetengah orang yang tidak suka memakan bahagian putih telur kerana rasanya yang tawar.

Tetapi ianya agak sulit disebabkan bahagian putih telur meliputi kuning telur terutamanya jika direbus bukan?

Ini kami kongsikan cara merebus telur agar bahagian kuning telur berada diluar, dengar macam aneh tetapi ini lah caranya! Selamat berjaya!

 

Baca Juga

Ramai Orang Sayang Ibubapa, Tapi Sebenarnya Tak Sayang

 

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah… dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang IBUBAPA KITA perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah… hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Wallahu a’lam…

Kredit : Senafas Ke Barzakh via Sinar.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*