‘Guna Cuka & Halia Saja.’ Cara Murah & Mudah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik!

Penjagaan wajah yang rapi dan teratur adalah kunci kepada memiliki kulit wajah yang licin dan bersinar. Umumnya, wanita akan mendapatkan khidmat di spa kecantikan untuk merawat wajah agar kekal cantik dan sihat.

Wajah sebelum.
Image may contain: 1 person, closeup
Namun semua itu, memerlukan kos yang mahal bahkan ‘memaksa’ ibu-ibu memperuntukkan masa berjam-jam di sana untuk mendapatkan khdimat yang terbaik. Menyedari keadaan itu, pastinya akan membantutkan keinginan ibu-ibu yang sibuk terutamanya jika mempunyai anak kecil ketika ini.

Pun begitu, tahukah ibu-ibu sebenarnya ada satu cara yang mana anda tetap boleh membuat perawatan wajah di rumah dengan sendiri! Bahkan hebatnya, dengan mengamalkan cara ini kesannya sama sahaja seperti di spa kecantikan, malah kosnya jauh lebih murah.

Dan ianya telah lama diamalkan oleh wanita cantik ini, iaitu Puan Che Mira Kimora. Jom perhalusi teknik dan bahan-bahan yang digunakan olehnya sebagai rejim penjagaan wajahnya untuk kekal berseri-seri.

KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Korang boleh tengok bideo ni.. cara-cara yang betul untuk dapatkan kulit cerah bersinar seperti berlian.
Image may contain: food
Bahan-bahan:

  • 1 cawan cuka2 ketul halia (bersih dikupas)
  • Sediakan 1 bekas kaca
  • 1 mangkuk kecil ais cube

Image may contain: food
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu bilas dengan air dan ambil ais cube, gosok di seluruh bahagian muka.

EKSTRA INFO : Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu!

Manfaat cuka :1. Mengecutkan jerawat2. Anti aging3. Mengurangkan bintik2 penuaan4. Menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

Bahan-bahanHaliaCukaRendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.

Selepas:

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Image may contain: 1 person, smiling, closeup
Sumber : PenMerah

.

Gadis Jepun Ini Siar Gambar ‘Tinggal Tulang’ Di Media Sosial Mendedahkan Penderaan Yang Pernah Beliau Alami! Anda Pasti Terkejut Dengan Perubahannya Sekarang!

SEORANG wanita di Jepun yang menderita didera datuknya akhirnya mengambil langkah berani dengan menyiarkan gambar kurus kering dirinya di media sosial.

Wanita Jepun itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Wild Cabbage’ di Twitter berkata 10 tahun lalu dia tinggal dengan datuknya dan sering dibiarkan kebuluran.

-fotoAsiaWire

Wanita dari Kyoto itu dalam tweetnya mendakwa dia dilarang makan oleh datuknya, yang akan ‘menendang perut saya’ jika ditangkap sedang makan secara rahsia.

Dia kemudiannya akan meludah atau memuntahkan makanan tersebut, menurut laporan, menyebabkan berat badannya turun kepada 16.7kg.

-fotoAsiaWire

Gambar-gambar selfie yang diambil di depan cermin di rumahnya sedekad lalu menunjukkan foto luar biasa seorang perempuan yang hanya tinggal kulit dan tulang.

Dalam posting di media sosialnya, dia menggesa mereka yang menderita kerana penyalahgunaan atau mengalami gangguan makan tidak membiarkannya berlanjutan dengan menyatakan mereka harus ‘meminta bantuan sebelum terlambat’.

Wanita yang hanya dikenali ‘Wild Cabbage’ (kiri) akhirnya pulih selepas diselamatkan. -fotoAsiaWire

Nasibnya baik kerana dia yang kini berusia 20-an akhirnya pulih, dengan pakar memberitahu dia, ketika diselamatkan berada ’10 minit dari kematian’.

Dia tidak mendedahkan apa yang berlaku kepada datuknya atau sama ada terdapat saudara-mara lain yang membantunya pada masa itu.

 

 

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*