Cara Mudah Kumpul RM31K Dalam Masa 4 Tahun

Ramai yang mengeluh susah hendak menyimpan duit khususnya bagi mereka yang incomenya kurang dari RM2k sebulan. Mahu bantu mak ayah, sewa rumah yang mahal, belum lagi ditolak perbelanjaan kereta, petrol, makan minum dan sebagainya.

Tapi ada ketika, seseorang itu terlupa untuk membezakan apa keperluan dan kehendak diri sehingga menjerumusnya ke tabungan sifar. Sepatutnya dalam hal menyimpan wang, disiplin diri yang ketat perlu ada.

Seorang perunding kewangan dan hartanah, Amir Syahir mengajar bagaimana seorang yang bergaji kecil atau sederhana boleh menyimpan pada usia muda. Bayangkan dalam tempoh 4 tahun, jika dimulakan pada usia 23 tahun, empat tahun kemudian, sudah ada simpanan lebih RM30k, bukankah ia sesuatu yang berbaloi.

Jom baca perancangan kewangan yang ditulis oleh Amir Syahir ini di fbnya.

Cara Mudah Kumpul Duit RM31K Dalam Masa 4 Tahun. Sesuai Untuk Yang Bergaji Kecil dan Sederhana. Untuk Bajet Kahwin, Beli Rumah, Kereta, Dan Simpanan Wang Tunai

Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan mampu simpan antara RM300-RM600 setiap bulan.

1.Tahun 2018 (Umur 23)

-Financing RM50K  -Ansuran bulanan: RM270  -Keuntungan bank: 5.05%   -Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
-Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun

Tahun pertama mohon ASBF RM50K. Bayar ansuran RM270 setiap bulan guna duit sendiri. Dapat dividen simpan. Jangan usik. Biarkan compounding.

2.Tahun 2019 (Umur 24)

Tahun kedua korang tambah lagi ASBF RM50K. Yang ni pun kau bayar guna gaji. Komitmen korang sekarang RM270+RM270. Kalau tak cukup, boleh tarik guna duit dividen juga. Ikut keadaan semasa.

3.Tahun 2020 (Umur 25)

-ASB Financing RM100K  -Ansuran bulanan: RM540  -Keuntungan bank: 5.05%  -Takaful Pembiayaan ASB: Tiada
-Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun

Tahun ketiga buat terus ASBF RM100K. Kalau ada duit lebih, bayar guna duit sendiri. Kalau tak, guna saja dividen tu. Rolling dividen je. Ansuran ASBF RM50K tahun pertama dan kedua bayar guna gaji. ASBF ni limit sorang RM200K sahaja.

4.Tahun 2021 (Umur 26)

Kau terminate pada tahun keempat dan dapat,

Katakan dividen pada tahun 2021 ialah 7.25%.

– 7.25% X RM200K = RM14,500  – Compounding dividen sijil 1 & sijil 2 RM50K (36 bulan) = RM11,600

– Pulangan prinsipal ASBF RM50K (36 bulan) = RM2300  – Pulangan prinsipal ASBF RM50K (24 bulan) = RM1500  – Pulangan prinsipal ASBF RM100K (12 bulan) = RM1400

Jumlah kasar dalam 4 tahun: RM14,500 + RM11,600+RM2300+RM1500+RM1400= RM31,300

Wahhh dalam masa 4 tahun dah ada RM31K. Banyak tu. Boleh beli dua buah rumah terus tu. Jadikan deposit rumah bawah RM150K.

Beli rumah lelong dan sewakan per bilik dapat tingkatkan pendapatan korang. Yang penting korang kena bijak uruskan simpanan tersebut.  Kalau mampu simpan RM600 sebulan boleh buat ASBF RM100K terus. Bulanan RM540. Kalau mampu simpan RM1100 boleh buat ASBF RM200K. Bulanan RM1080. Lagi cepat dapat pulangannya.  Ajaklah pasangan korang juga. Boleh cipta tabung simpanan RM62K.

Nak mula menyimpan ni memang kau kena ada tujuan. Berapa kau punya bajet dan berapa kau punya target. Penting supaya kau tahu tahap kesihatan duit kau sendiri.

Simpan guna instrument ASBF. Lepas tu bersedia untuk beli rumah untuk pelaburan. Harga rumah sentiasa naik.  Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit RM31K ni? Anda boleh;

-Buat deposit beli rumah  -Beli kereta terpakai  -Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi  -Beli rumah lelong

Sumber fb : Amir Syahir via remaja

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*