Bermula Hanya RM1 Tapi Cukup Sebulan Boleh Dapat RM465

Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465.

Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.

Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.

Simpan duit cara ekstrim

Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Hasilnya…

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.

Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. 

Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!

Sumber: Hafizul Hakim

Kredit: Layan Video

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*