“Terima Kasih Ya Allah, Berilah Kami Ke Final” Berdoa Dengan Air Mata, Harimau Malaysia Bersyukur Ke Final

Tangisan kegembiraan dan syukur dapat dilihat menerusi rakaman video yang diambil selepas kemenangan Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Menerusi posting Instagram MalaysiaSoccer, pasukan kebangsaan dilihat menadah tangan berdoa dan ada diantara mereka menitiskan air mata sebak dengan kemenangan yang diraih sebaik perlawanan berakhir.

“Ya Allah Ya Rahman, Terima kasih di atas kemenangan ini, kami bersyukur ke pada Mu Ya Allah.

“Kerja keras kami dari atas sampai ke bawah, berilah kami final, permudahkan kami Ya Allah.”

Sementara mereka berdoa, kedengaran laungan daripada lautan Ultras Malaya di stadium meraikan kejayaan pasukan negara.

Malaysia akan bertemu Vietnam atau Filipina di Final untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki nanti.

Sumber: Video Malaysiasoccer via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*