‘Nak Jadi Paramugari Tak Boleh’ – Satu Kapal Gelak Bila Seorang Pramugari Cantik Tiba Tiba Menarik Tangan Ultras Sampai Bila Bercakap Siap Tersasul

HANOI – Penyokong atau pemain ke-12 Harimau Malaya selamat tiba bersama penerbangan AirAsia di Lapangan Terbang Noi Bai, Vietnam sebentar tadi untuk menyaksikan perlawanan final kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam esok.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video atau terus membaca artikel

Majlis penerbangan istimewa tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, (Perniagaan Penerbangan), Bo Lingam.

“Setiap penyokong Harimau Malaya yang pergi ke Hanoi dengan penerbangan khas kami memberikan diskaun RM50 selepas Petronas memberikan tajaan minyak kepada pesawat AirAsia.

“Untuk aksi final ini, kami telah menambah penerbangan apabila kerusi penyokong daripada 160 ketika separuh akhir di Bangkok kepada 345 di Hanoi untuk memberikan semangat luar biasa buat anak buah Tan Cheng Hoe,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas di KLIA2 pagi tadi.

Kesemua penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Noi Bai, Vietnam pukul 11 pagi waktu Malaysia bersama Kapten Dominic Henry Chin dan Ariffin Ismail.

Komitmen AirAsia terhadap sukan di Malaysia adalah sebahagian dari kempen berterusan #DARETODREAM AirAsia yang mengukuhkan posisi syarikat penerbangan tersebut dalam merealisasikan impian, membangunkan arena sukan tempatan dan menyokong atlet negara dalam pelbagai tahap dengan satu visi untuk mengharumkan nama negara di mata dunia – Sumber Artikel : Kosmo Online

Video Lelaki Ini Ditarik ..

Dia ditarik untuk mengetuai chant lagu semangat Harimau Malaya .. Tapi sebelum menyanyi ada tersasul sikit.. ketawa habis semua dalam kapal terbang tue…

AirAsia bawa ekor Harimau Malaya ke Hanoi

Semoga Berjaya Harimau Malaya …

Notakaki: Kalau menang dapat Public Holiday tak isnin? hahahaha!

Ingat Ulat Tiket Malaysia Dasyat Tapi Rupanya Ulat Tiket Vietnam Lagi Ngeri

Baru baru ini kecoh dalam Malaysia, ulat tiket menjual harga melampau. Harga dari rm40 boleh dijual dari harga rm70 sehingga rm200. Tapi jika anda rasa Ulat Tiket Malaysia teruk, anda patut rasa beruntung tak duduk Vietnam.

Menitis Air Mata Nak Beli Tiket Dekat Hanoi Kalau Lalu Ulat

GEJALA ulat tiket di Hanoi nampaknya lebih teruk berbanding di Malaysia.

Mereka ibarat lintah darat apabila menjual tiket final kedua Piala AFF antara Vietnam dan Malaysia di Stadium Nasional My Dinh berlipat kali ganda untuk mengaut keuntungan.

Boleh Tergadai Buah Pinggang Harga Camni..

Ada ulat tiket yang menjual sekeping tiket mencecah AS$400 (RM1,673) berbanding harga sebenar berjumlah 200,000 dong (RM36).

Tinjauan Sukan NSTP mendapati ulat tiket mencari pelanggan di tepi jalan besar di luar stadium.

Penyokong Vietnam agak terdesak untuk mendapatkan tiket memandangkan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) hanya menjual 16,000 tiket menerusi dalam talian dan baki selebihnya diedarkan kepada penaja, syarikat korporat dan ahli gabungan mereka.

Jumlah sebenar tiket yang dijual tidak diketahui namun kapasiti stadium adalah 40,192 orang.

Sebelum ini isu ulat tiket timbul pada final pertama Selasa lalu meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 80,000 tiket.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Malaya seri 2-2 dengan Vietnam.

Sumber Artikel: Bharian Online

Kredit: edisimedia.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*