KISAH SEJARAH SEBAB TERCIPTANYA BABI DI ZAMAN NABI NUH A.S!

Kisah asal mula diciptakan nya babi dan tikus, ini kami ambil dari sebuah buku yang berjudul “Kisah Penciptaan & Tokoh-Tokoh Sepanjang Zaman” yang merupakan karya tulisan Syaikh Muhammad Bin Ahmad Bin Iyas.

 

Diriwayat, ketika kotoran binatang telah memenuhhi bahtera Nabi Nuh a.s, para penumpang bahtera mengadukan nya kepada Nabi Nuh. Atas pengaduan itu, Allah memberi wahyu kepada Nuh a.s. agar memeras ekor gajah.

Setelah dia memeras-meras nya, dari sana muncul babi jantan dan babi betina yang kemudian memakan kotoran-kotoran yang menumpuk di bahtera. Kemudian ketika babi itu bersin, dari bersin nya Allah menciptakan tikus jantan dan tikus betina. Keduanya berkembang biak dan kawanan tikus itu mulai menggit merosakkan kayu-kayu di bahtera.

Hal itu diadukan oleh penghuni bahtera. Atas pengaduan itu, Nuh menerjunkan kawanan kucing berbuntut untuk menguasai kawanan tikus. Kawanan kucing memangsa tikus dengan cepat hingga memusnahkan tikus yang terakhir. Dan sejak saat itu terjadilah permusuhan antara kucing dan tikus.

Ini pula adalah kisah yang diceritakan dengan lebih jelas bagaimana Allah menciptakan babi,tikus dan kucing semasa zaman Nabi Nuh A.S,

Terlepas dari percaya atau tidak percaya bahwa artikel kali ini akan sedikit membahas tentang sejarah penciptaan babi, kucing dan tikus dibumi. Dan sebagai penambah pengetahuan kita tentang binatang-binatang yang ada disekitar kita. Kerana segala yang ada dibumi ini pasti ada sebab dan berakhir dengan sebuah akibat. Dan segala penciptaan sesuatu pasti ada sebab-sebab yang terkandung didalamnya. Tinggallah kita sebagai manusia yang diberikan akal oleh sang pencipta untuk selalu memahaminya.

Didalam sebuah kisah diceritakan bahwa ketika kapal Nabi Nuh masih berada diatas air ketika banjir besar. Kapal masih berlayar diatas air tanpa mengetahui kemana arah untuk dituju. Kerana tujuan semata hanya untuk menyelamatkan diri dari bencana air banjir tersebut. Malangnya, segala kotoran yang dibuang oleh para binatang membuat keadaan dikapal menjadi tambah tidak selesa. Sehingga banyak menimbulkan penyakit bagi anak kapal yang tinggal didalamnya. Nabi Nuh hanya melihat dan diam dan menyerahkan urusan ini kepada Allah SWT. Nabi Nuh lalu bermohon agar dibukakan jalan keluar dari permasalahan ini.

Maka Malaikat Jibril menemui Nabi Nuh dan memerintahkannya untuk mengusap dahi seekor gajah. Setelah arahan itu disampaikan maka Nabi Nuh AS mengusap dahi seekor gajah yang ada didepannya. Atas Kuasa Allah SWT maka keluarlah sepasang babi dari belalai gajah yang diusapkannya. Semua anak kapal yang menyaksikan tampak keheranan dengan peristiwa ajaib tersebut. Maka babilah yang akan menyapu bersih seluruh kotoran yang ada dikapal tersebut. Karena demikian itu adalah makanannya. Tampak Nabi Nuh lega masalah yang dihadapinya selesai.

Malangnya,iblis telah menyusup didalam kapal bahtera yang dihuni oleh Nabi Nuh dan para pengikutnya. Lantas iblis membuat onar didalam kapal. Dia mengusapkan bagian belakang tubuh babi tersebut, lalu muncullah dari hidung babi tersebut sepasang tikus. Tikus tersebut menggigit-gigit papan papan dan barang-barang yang ada didalam kapal.

“Dari mana sebab datangnya semua ini, sehingga semua barang-barang yang ada dikapal habis dan rosak” ucap Nabi Nuh keheranan. Maka Jibril mendatangi beliau dan memberitahukannya, bahwa yang melakukan ini semua adalah akibat iblis. Lantas Jibril menyampaikan kepada Nabi Nuh agar mengusap bagian belakang tubuh harimau. Maka Nabi Nuh mengusap bagian belakang tubuh harimau. Ketika Nabi Nuh mengusapnya maka keluarlah sepasang kucing yang kemudian segera memburu tikus yang ada didalam kapal.

Begitulah Sejarah penciptaan babi, kucing dan tikus dibumi

Berikut adalah penjelasan riwayat ini daripda Ustaz Auni. Didalam penjelasan Ustaz Auni pula,dia telah menjelaskan bahawa semasa di bahtera Nabi Nuh telah tercipta 3 jenis haiwan iaitu babi,tikus dan helang.

USTAZ AUNI MOHAMED

“Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed, 41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehannya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Auni berkata, dia mempelajari kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.

 

Sumber :https://tambahcheeze.com | https://www.hmetro.com.my

Kredit: sweet nutella

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*