Doa Nabi Musa Kepada Allah Yang Buatkan Laut Merah Terbelah Dua! Sebarkan!

Nabi Musa menemui jalan buntu semasa melarikan diri bersama pengikutnya dari Firaun di depannya terbentang lautan luas, di belakangnya tentera pembunuh Firaun mengekori mereka. Lantas Nabi Musa berdoa…

Nabi Musa merupakan salah satu nabi yang diberi mukjizat yang begitu besar oleh Allah. Kisah Nabi Musa banyak tercatat di dalam Alquran.

Salah satu mukjizat beliau adalah kemampuan membelah Laut Merah. Saat dikejar Firaun dan pasukannya, Nabi Musa menemui jalan buntu. Kalau maju ke depan beliau akan terhenti kerana adanya laut merah yang terbentang luas, ingin patah balik ke belakang? Itu sudah tentu perkara yang tak mungkin beliau lakukan kerana Firaun dan pasukannya sedang pantas mengekori mereka.

Di tengah kebuntuan itu, Nabi Musa berdoa kepada Allah.

“ Allahumma laka al-hamdu, wa ilayka al-musytaka, wa anta al-musta’in, wa la hawla wa la quwwata illa billah al-‘aliyy al-azhim.”

makna doa:

Allahumma laka alhamdu“Ya Allah, segala puji bagi-Mu”
Wa ilayka al-musytaka”Hanya kepadamu, Ya Allah, kami berkeluh kesah”
Wa ‘anta al-musta‘in“Engkaulah tempat meminta pertolongan”
Wa la hawla wa la quwwata illaa billah al-‘aliyy al-azhim“Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha tinggi dan Maha Agung”Aamin..

Dan laut pun terbelah setelah Nabi Musa memukulkan tongkat…

Kisah Nabi Musa ini menjadi pengajaran bagi manusia. Setiap menghadapi masalah, berdoalah kepada Tuhan, jangan cepat berputus asa.

 

Sumber: Islamik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*