KISAH SEDIH TALQIN BANDUAN TERAKHIR YG MENITIS AIR MATA…

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

2 tahun sebelumnya.

“Mahkamah mendapati tertuduh gagal membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Akta 39B Akta Dadah Merbahaya, kamu, Mohd Kamil Bin Haji Husin, dijatuhkah hukuman mati mandatori  atas kesalahan mengedar dadah,” perintah hakim. Kamil tertunduk di kandang pesalah. Haji Husin terduduk membisu. Hajah Zaharah menitiskan air mata. Aisyah terjelepuk mendengar hukuman dijatuhkan terhadap suaminya. Seorang pegawai polis memimpin Kamil keluar dari kandang pesalah.

“Tuan, bawa saya jumpa keluarga saya sekejap,” pinta Kamil lemah. Hatinya sayu bercampur pilu. Ya Allah, kuatkanlah aku, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaanMu ini Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini dikhianati orang, pinta Kamil di dalam hati. Pegawai polis yang bertugas mengangguk kepala. Kamil melangkah ke arah isterinya. Haji Husin memeluknya sambil menangis.“Sabarlah nak, dah ini suratan takdir, ayah percaya kau tak buat kerja-kerja haram ini,’ ujar Haji Husin sambil menangis. Kamil menangis di bahu ayahnya.

“Ayah, tolong jaga Aisyah ye,” pesan Kamil sambil tersedu-sedu. Haji Husin mengangguk.“Mak, maafkan Mil ye, Mil minta halal makan minum, segala titik air susu mak yang Mil minum, ampunkan dosa Mil dari kecik sampai besar, dari hujung kaki sampai hujung rambut, mak,” pinta Kamil. Air matanya keluar tanpa henti. Hajah Zaharah memeluknya.“Mak maafkan, mak maafkan,” balas Hajah Zaharah. Suaranya hilang entah kemana. Hati tuanya bergetar saat mendengar hukuman dijatuhkan terhadap anaknya. Satu-satu anak lelakinya yang dikandung sembilan bulan, dilahirkan penuh sakit, kini bakal menghadapi tali gantung akibat khianat orang. Hajah Zaharah melepaskan pelukannya. Kamil menghampiri isterinya yang mengandung.

“Aisyah,maafkan abang kerana gagal bersama dengan Aisyah selepas ni, maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang baik sepanjang kita bersama,” pinta Kamil kepada isterinya. Aisyah mengangguk. Hatinya bergetar hebat.“Aisyah juga minta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita kahwin, maafkan Aisyah, abang,” Aisyah menangis. Suaranya terserak-serak. Kamil mengucup dahi isterinya, tandankucupan terakhir seorang suami terhadap isteri. Ya Allah, kuatkanlah hati aku Ya Rahman. Aisyah memejamkan matanya sambil menangis.“Encik, jom, kenderaan dah tersedia di luar,” ujar pegawai polis. Kamil mengangguk. Digagahkan kakinya untuk bangun. Hajah Zaharah mencium pipi anaknya kali terakhir. Pegawai polis memegang tangan Kamil lalu memimpinnya. Kamil melangkah sambil memandang keluarganya. Pandangannya sayu. Itulah pandangan kali terakhirnya sebelum dia dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Hajah Zaharah rebah di pangkuan suaminya. Aisyah terduduk kembali.

“Allah Ya Rahman,” lafaz Kamil. Pintu tertutup.

5 tahun sebelumnya, Kampung Setia Jaya.

Kamil mencuci kereta tuannya. Datuk Sudin yang sedang membaca surat khabar sekadar memerhatinya. Begitulah tugasannya selain daripada menghantar tuannya kemana sahaja pergi. Itulah tugasnya sebagai pemandu Datuk Sudin sekeluarga. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Sudin, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah hampir 3 bulan Kamil bekerja dengannya.“Kamil,” panggil Datuk Sudin. Kamil berhenti mengelap cermin kereta.“Ya Datuk,”“Mari makan, ini mak encik kamu siapkan makanannya,” ujar Datuk Sudin.

“Baiklah Datuk, sekejap ye sebab saya nak selesaikan kerja ni, tinggal sedikit lagi,” balas Kamil. Datuk Sudin mengangguk lalu kembali menumpukan pembacaannya. Kamil mengelap cermin kereta kembali. Setelah selesai mencuci kereta, dia mengemas kembali peralatannya. Datuk Sudin bangun dari kerusinya lalu melangkah masuk ke rumah. Kamil meletakkan barang-barangnya di dalam stor lalu melangkah ke meja makan. Kelihatan sepinggan nasi goreng bersama secawan teh tersedia untuknya. Dia menjamah hidangannya.“Bang Kamil, nanti jam 1 tengahari, siapkan kereta, hantar Suria ke tuisyen,” ujar Julia, anak gadis Datuk Sudin. Kamil melirik ke arah jam di tangannya. Hampir pukul 1 dah ni,gumamnya. Dia mengangkat tangannya. Setelah menghabiskan makanannya, dia membawanya ke dapur lalu diletakkan di dalam sinki. Mak Tam sedang memasak di dapur menyuruhnya meninggalkan pinggan dan cawannya. Kamil mengangguk lalu beredar ke kereta.

“Cik Julia, kereta dah siap ni,” laungnya sambil membuka pintu kereta. Julia keluar bersama Shamsul.“Mak, ayah, Julia dengan abang pergi tuisyen dulu ye,” ujarnya sambil memakai kasut. Shamsul melangkah memasuki perut kereta diikuti Julia. Kamil menutup pintu. Setelah siap, dia memandu keluar.Azan maghrib berkumandang di udara. Aisyah yang sedang memasak segera berhenti. Suaminya, Kamil bersiap untuk ke masjid.“Aisyah, mana kopiah abang?” tanya Kamil kepada isterinya. Aisyah segera masuk ke bilik.“Ni ha, kan Aisyah letak kat atas meja ni, abang tak nampak ke?” tanyanya manja.Kamil tersenyum.“Macam mana nak nampak kalau abang tak pakai spek,” balas Kamil sambil memakai kopiah di kepalanya. Aisyah membetulkan butang baju melayu suaminya.“Aisyah tak nak pergi ke?”.“Tak kot, nak siapkan makan malam, tadi beli ayam kat kedai Pak Mat, kebetulan pula ada kalian, bolehlah nanti Aisyah masakkan ayam masak lemak cili api dengan kalian ikan masin,” ujarnya. Kamil mengangguk kepalanya. Tangannya mencapai kunci motor.

“Ok, nanti lepas ceramah nanti, abang balik rumah terus, abang pergi dulu, kunci pintu ni,” ujar Kamil sambil menuruni anak tangga. Aisyah segera menutup pintu rumah. Kamil menghidupkan motosikal YAMAHA 125z hitamnya. Seketika kemudian, dia hilang ditelan gelap.“Habis, macam mana? Takkan you nak biarkan saham company tu lebur macam tu, rugilah kita semua,” ujar Hock Beng. Datuk Sudin berkerut.“Habis, mau bikin macam mana? Kalau mau pinjam itu Ah Long, gua talak mau, itu gua punya adik dulu sulahkena hentam sama Ah long, masuk hospital 2 minggu,” balas Chin Meng. Mereka berbincang di pejabat. Datuk Sudin berfikir.“Kumar, you ada cadangan tak?” soalnya. Kumar menggelengkan kepalanya.“Entahlah Datuk, saya tak ada idealah,” balas Kumar. Datuk Sudin mendengus.“Ke kita nak buat kerja macam 25 tahun dahulu?” lontar Hock Beng. Datuk Sudin terkejut.“You biar betul? Nak buat kerja bengong tu lagi?” soal Datuk Sudin.

“Habis, apa lagi cara? Pinjaman bank dah kena tolak, duit pun banyak habis, nak pecat pekerja, banyak dah yang dibuang, apa lagi mau buat? Rugi bukan sikit Datuk,” lontar Kumar.“Ya, itu banyak butut, Datuk,” sokong Chin Meng. Datuk Sudin menggelengkan kepalanya.“Aku tak setuju, kalau you orang mau buat, you bikin sendiri, I tak nak terlibat, dan I takkan bagi family I makan benda haram,” tegas Datuk Sudin lalu berdiri. Dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Hock Beng memandangnya pergi. Masing-masing membisu.“So, you setuju ka Meng?” soalnya memecah kebisuan. Chin Meng memandangnya.“Gua no hal,” balasnya setuju.“Kumar?” Kumar mengangkat kepalanya.“Duit punya pasal, apa I peduli, I ikut sahaja, asalkan I dapat duit,” balas Kumar, bersetuju. Hock Beng mengangguk kepalanya.“Ok, ini first step,k?” mereka berbincang. Pelbagai perkara dibincang tanpa mempedulikan malam yang semakin merangkak.

 

Datuk Sudin melangkah ke keretanya. Kepalanya terasa penat dan panas. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket kot. Dibukanya bonet kereta lalu diletakkan briefcase. Datuk Sudin menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar ke jalan raya. Dia memandu menyusuri jalan yang sunyi pulang ke rumahnya. Datuk Sudin memberhentikan keretanya di persimpangan tatkala lampu isyarat berwarna merah menyala. Tiba-tiba dia teringat akan isterinya. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor rumah. Talian berdengung lalu kedengaran suara orang memberi salam.

“Waalaikumsalam, Yanti ke?” soalnya.

“Ya tuan, mau cakap sama ibuk ya?” kedengaran suara Yanti, pembantu rumah Indonesianya.

“Ya,berikan pada ibuk,” arah Datuk Sudin. Kedengaran suara memanggil isterinya. Gagang telefon berubah tangan.

“Assalamualaikum Suria, abang ni,” ujarnya.

“Waalaikumsalam, ada apa abang?abang kat mana ni?”

“Abang on the way nak balik rumah ni, Suria dah makan ke?”

“Suria belum makan lagi, tapi along dengan adik dah makan, sekarang ni tengah buat kerja sekolah,”

“Oh, kalau macam tu, kejap lagi abang sampailah rumah, suruh anak-anak masuk tidur, dah pukul 10 malam dah ni,” ujarnya. Tangan kirinya menolak gear kereta.“Ok, Suria tunggu abang balik,” balas isterinya lalu mematikan talian. Datuk Sudin meletakkan telefonnya di kerusi penumpang sebelahnya. Dia memandu pulang meredah kegelapan malam yang semakin merangkak tua.“Amacam? Lu mau deal sama kitorang tak?” ujar Hock Beng. Jackie memandangnya tajam. Chin Meng menunduk ke bawah.“Gua no hal, sebab dulu pun kita pernah deal, cuma gua mau tau berapa lu sanggup,” soal Jackie. Joe yang sedang menghisap rokok memandangnya.“Macam biasalah, gua bagi lu market, lu bawak masuk lu punya barang,” ujar Chin Meng. Jackie menyandar di kerusi. Kamsah duduk di sisinya lalu memeluknya.

“Mau kira macam mana? Separuh-separuh ka?” soal Joe.

“Macam dulu juga Jackie,” balas Chin Meng. Hock Beng mengangguk kepalanya.

“Ok, deal,” balas Jackie setuju. Joe meneguk araknya. Hock Beng tersenyum.

“Tapi, gua mau advance dulu dari lu orang,” ujar Joe. Jackie tersenyum mendengar kata-kata anak buahnya.

“Advance?”

“Ya, RM50000,” pinta Joe. Jackie mengangguk kepala.

“RM500000 banyak tu, kalau setakat RM40000 tu boleh gua issue check sekarang,” balas Hock Beng.

“Gua mau RM50000,” keras Joe. Jackie mengangkat tangannya.

“Lu diam Joe, ni business gua dengan dia,” ujar Jackie.

“Tapi Jackie, dia demand banyak, lu pernah ka deal dengan dia?”

“Haiyaaa, sebab gua pernah deal dengan dialah, gua berani kasi,”

“Tapi….”

“Lu diam Joe, lu jangan banyak bunyi, gua sebat lu punya muka sini karang, apa lu pikir lu taiko ka? Sekarang siapa taiko? Lu ka gua?” ujar Jackie lalu berdiri. Joe menunduk ke bawah.“Lu diam Joe, gua tak nak dengar lu bunyi, lu bunyi, Ajib, lu sebat Joe punya muka,” ujarnya lalu duduk. Ajib tersenyum lalu meneguk araknya. Joe mendengus kasar lalu beredar.“Ok bro. RM30000, gua hantar barang masuk lu punya market,” ujar Jackie. Hock Beng mengangguk.“Tapi, gua mau lu kasi habis satu orang, kalau dia ada, business kita boleh goyang,” arah Hock Beng. Jackie mengangguk setuju.“Done,”

Bahagian 2

“Kamil, kamu pergi pejabat, ambil fail dari Aza, bawak balik rumah ye,” ujar Datuk Sudin sambil menyerahkan kunci keretanya kepada Kamil.“Fail apa Datuk?” soal Kamil. Tangannya menyambut kunci kereta dari datuk Sudin.“Fail construction warna merah, kamu cuba tanya Aza, fail tu ada kat office ke tidak,” arah Datuk Sudin. Kamil mengangguk lalu beredar. Datuk Sudin menghirup tehnya.“Kenapa abang tak telefon sahaja?”tanya Datin Suria.“Handphone habis bateri, lagipun rumah kita kan tak pasang telefon rumah sebab masing-masingkan ada handphone sendiri,” jawab Datuk Sudin.“Oh,” balas Datin Suria sambil menggigit roti bakarnya.“Suria, rumah ni abang dah letakkan Suria penama kedua, termasuk semua duit, ladang, harta abang semua penama kedua adalah Suria,” ujar Datuk Sudin.

“Ohh, bila abang letak?”“Tengahari semalam abang jumpa peguam Omar, jadi abang letakkan nama Suria sebagai pewaris semua harta abang dan penama kedua,”“Ohh, tapi kenapa abang sebut soal ni?”

“Tak adalah,saja nak beritahu Suria, abang tak nak nanti kalau abang tak ada, Suria dan anak-anak tak ada tempat berteduh apa semua, lagipun kita tak tahu masa depan macam mana, abang tak naklah nanti Suria jadi macam isteri Tan Sri Zulfadli tu, tetiba je suaminya meninggal, habis semua harta dan syer syarikat terlepas ke tangan orang lain,” terang Datuk Sudin panjang lebar. Datin Suria mengangguk. Datuk Sudin menghirup tehnya sehingga habis.“Oklah, abang nak ke bank ni,nak bank in duit mak ayah kat kampung,” ujar Datuk Sudin sambil berdiri. Datin Suria mengangguk lalu menghantar pemergian suaminya dengan anak mata. Datuk Sudin membuka pintu kereta Honda CRV kelabunya. Setelah menghidupkan enjin, dia memandu keluar.

“Aza, Datuk ada tanya tentang fail construction yang warna merah tu, ada kat office ke?” soal Kamil kepada Aza.

“Kejap ye Mil,” balas Aza lalu memeriksa rak fail. Kamil menunggu sambil memanikan anak kunci kereta.

“Tak adalah Mil, rasanya akak dah bagi pada Tayab untuk hantar ke rumah Datuk,” ujar Aza.

“Oh,ye ke? Kalau macam tu tak apalah,” ujar Kamil lalu beredar. Hock Beng membuka pintu pejabatnya.

“Kamil, mari sini sekejap,” panggilnya. Kamil melangkah ke bilik Hock Beng. Hock beng menutup pintu biliknya.

“Duduklah,” arahnya sambil tersenyum. Kamil duduk di kerusi.

“You sudah berapa lama kerja sama Datuk?” soalnya memulakan perbualan.

“Ermmmm, dalam lebih kurang tiga tahun,” jawabnya.

“Ohh, lama juga ya? Berapa gaji Datuk bagi pada you?”

“Dalam RM1700 sebulan,”

“Ohh, banyak juga ya?”

“Bolehlah sekadar untuk belanja rumah dan hantar sedikit kat family kat kampung,”

“Ohh,”

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa, saja tanya,” balas Hock Beng. Kamil mengangguk.

“Ini, Datuk pergi mana?”

“Rasanya Datuk ke bank kat Kelana Jaya,”

“Ohh, tak apalah, you boleh pergi,” ujarnya mematikan perbualan. Kamil bangun dari kerusinya. Hock Beng memerhati Kamil keluar dari biliknya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail.“Dia keluar pergi bank di Kelana Jaya, dia pergi itu bank HSBC,” ujarnya.“Settle, dah selesai gua call you,” ujar satu suara di sana. Hock Beng mematikan talian.“Siap lu Datuk,ini hari lu mampus,” ujarnya. Bibirnya mengukir senyuman.

 

Datuk Sudin melangkah keluar dari bank. Dia berkira-kira samada hendak pulang ke rumah atau ke sekolah menjemput anaknya. Pergi sekolah budak-budak nilah, lagipun Kamil belum tentu dah sempat ambil budak-budak ni,gumamnya sambil melangkah ke keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, dia memandu keluar dari kawasan letak kereta.ikut jalan kampunglah ke sekolah budak-budak ni, kalau ikut jalan biasa, confirm sangkut jammed nanti,putusnya. Datuk Sudin memandu keretanya. Telinganya mendengar lagu yang disiarkan di radio IKIM.fm. Sesekali dia mengetuk jarinya di stereng kereta. Tanpa disedarinya, sebuah motosikal berwarna hitam mengekorinya. Motosikal itu melintasinya di sebelah kanan. Datuk Sudin memberhentikan keretanya di sebuah simpang tiga yang sunyi. Kepalanya menoleh ke kiri untuk memastikan tiada kereta dating dari arah kiri. Penunggang motosikal tersebut mengeluarkan sepucuk pistol yang dipasang dengan selaras silencer. Datuk Sudin menoleh ke kanan.“Allahu Akbar,” serunya terperanjat. Penunggang motosikal itu melepaskan tembakan. Beberapa butir peluru menembusi kepala dan dada Datuk Sudin. Darah menyembur keluar. Kepala Datuk Sudin terlentok di stereng kereta. Hon kereta berbunyi panjang.“Settle,” ujar penunggang motosikal itu lalu menunggang pergi meninggalkan kawasan tersebut. Hon kereta berbunyi bingit ke udara.

Kamil memandu kereta menuju ke sekolah. Dia bercadang untuk mengambil anak majikannya. Akan tetapi, perjalanannya terbantut tatkala pihak polis mengadakan sekatan. Kamil memandu melalui sekatan tersebut.“Encik, kami pihak polis,sekarang ni sedang buat sekatan banteras kegiatan gangster dan pengedaran dadah, boleh encik parkir kereta ke tepi? Kami perlu periksa bonet kereta encik,” ujar seorang pegawai. Kamil mengangguk kepalanya lalu memandu kereta ke tepi. Dua orang pegawai polis mengekorinya.“Encik, tolong buka bonet kereta,” arah seorang pegawai. Kamil mengangguk lalu keluar dari kereta. Dia melangkah ke bonet kereta lalu membuka bonet. Seorang pegawai polis memeriksa. Kamil menyandar di pintu kereta. Pegawai polis membukan penutup tayar ganti. Dia mengangkat tayar ganti. Matanya terpandang pada sebuah kotak yang terletak dibawah tayar ganti. Lantas dia membuka kotak tersebut.kelihatan beberapa paket serbuk putih tersusun di dalam kotak menimbulkan rasa curiganya.

“Tuan,” panggilnya. Seorang inspektor melangkah.

“Ada apa?” soalnya. Pegawai polis mengangkat sebungkus serbuk berwarna putih. Inspektor tersebut menekan bungkusan tersebut. Matanya merenung tajam.

“Mana kamu jumpa?” soalnya serius. Pegawai polis tersebut mengangkat kotak.

“Bawah tayar spare,” ujarnya. Kamil melangkah ke arah pegawai tersebut.

“Ada apa encik?” soalnya. Inspektor tersebut memandangnya. Raut wajahnya serius.

“Mana kamu dapat dadah ni?”

“Dadah? Mana saya tahu encik, ni bukan kereta saya, kereta majikan saya,” jawabnya. Hatinya terperanjat. Ya Allah, dadah, bila masa ada dalam kereta ni? Baru semalam aku kemas, tak jumpa pun, gumamnya. Hatinya mula berdebar.

“Kereta majikan kamu? Kamu jangan nak bohong,” tengking inspektor tersebut. Kamil pucat ketakutan. Lidah membisu, gagal mengukir kata-kata.

“Konstasble, gari dia, tunda kereta ni ke balai,” arah inspektor tersebut. Seorang konstable menggari Kamil. Ya Allah, adakah ini ujianMu?

 

“Assalamualaikum, ini rumah Datuk Sudin ke?” soal seorang pegawai polis. Datin Suria mengangguk.

“Ye, ini rumah Datuk Sudin, kenapa ye encik?” soalnya Datin Suria. Hatinya pelik melihat dua orang pegawai polis datang ke rumahnya.

“Puan, kami harap puan bersabar ye,” ujar pegawai polis tersebut. Hati Datin Suria mula berdebar-debar.

“Macam ni, tadi kami dapat panggilan dari seorang pakcik mengatakan ada orang jumpa kereta suami puan di simpang tiga jalan ke Kelana Jaya. Kereta tu tak bergerak sedangkan hon kereta berbunyi. Bila pakcik tu periksa kereta tu, sekali dia dapati suami puan sudah meninggal dunia akibat dibunuh,” ujar pegawai polis tersebut. Datin Suria terkejut. Terasa dunianya gelap.

“Ya Allah, abang!” ucapnya sebelum rebah. Pandangannya kelam. Yanti yang kebetulan sedang mengemas rumah segera menyambut isteri majikannya.

 

Suasana kampung yang tenang dan damai pada pagi itu dikejutkan dengan siren kereta polis. Sebuah kereta peronda polis membelok memasuki kawasan rumah. Aisyah menyapu sampah di halaman rumahnya. Dia berasa hairan tatkala sebuah kereta peronda polis memasuki kawasan rumahnya. Seorang pegawai polis wanita keluar dari kereta.

“Assalamualaikum,” sapa Aisyah. Pegawai wanita tersebut membalas salamnya.

“Apa ini rumah Encik Mohd. Kamil Bin Haji Husin ke?” tanya pegawai wanita tersebut.

“Ya, ini rumahnya, ada apa cik?”

“Puan ini,Aisyah Bin Haji Huzair,isterinya ke?”

“Ye, saya isterinya,”

“Macam ni puan, suami puan ditahan atas kesalahan mengedar dadah,dan sekarang ni suami puan ada di lokap Balai Polis Bukit Aman,” ujar pegawai tersebut. Aisyah terkejut. Biar betul abang ni, getus hatinya.

“Bi…..bila suami saya di tangkap?” soalnya gementar. Hatinya terkejut mendengar berita tersebut.

“Tengahari tadi, jadi kami datang ni nak sampaikan berita kepada puan,” ujar pegawai wanita tersebut. Aisyah menekup mulutnya. Air matanya mula merembes keluar. Hatinya bagai tidak percaya mendengar berita yang di dengarinya sebentar tadi. Telinganya bagai tidak mendengar kata-kata pegawai polis wanita tersebut. Digagahkan kakinya untuk melangkah ke rumah. Pegawai polis tersebut beredar. Tangannya terketar-ketar mendail nombor telefon rumah mertuanya.

“Assalamualaikum mak,” ujarnya bergetar. Air mata membasahi pipinya.

“Waalaikumsalam Aisyah, haaa, ada apa ni? Mak baru sahaja sudah masak ni,” balah Hajah Zaharah. Aisyah menggenggam erat gagang telefon.

“Abang Kamil mak,” ujar Aisyah terketar-ketar. Hajah Zaharah pelik mendengar suara menantunya.

“Kenapa ni Aisyah?” soal Hajah Zaharah. Hati tuanya terasa hairan dengan menantunya.Hairan aku dengan menantu aku seorang ni, selalu happy ceria bukan kemain, ni kenapa pulak tetiba terketar-ketar macam orang kena karan je ni, ngomel hatinya.

“Kenapa dengan Kamil, Aisyah?” soal Hajah Zaharah. Aisyah menangis tersedu-sedu.

“Abang kena tangkap mak,” luah Aisyah meraung. Hajah Zaharah terkejut.

“Apa!!!!” pekiknya. Hajah Zaharah terjelepuk. Haji Husin yang baru pulang dari kedai terperanjat mendengar pekikan isterinya. Ishhh bini aku ni,bakpo tepik supo ore kaloh loteri jah nih? Getus hati tuanya. Hajah Zaharah menerpa ke arah suaminya.

“Bakpo mu ni? Jerik supo ore kaloh judi jah,” ujar Haji Husin. Hajah Zaharah mula menangis. Haji Husin semakin hairan dengan tingkah laku isterinya.

“Hok alok, jerik pulok doh, bakpo nih?” soal Haji Husin.

“Anok be, keno igat ko polis,” jawab Hajah Zaharah. Haji Husin terperanjat.

“Gapo dio?” soal Haji Husin keras, bagaikan tidak percaya dengan kata-kata isterinya. Tangannya membuka kopiah di kepalanya. Haji Husin terduduk di sofa. Ya Allah,apa ini musibah atau ujian buat hambaMu ini?getus Haji Husin. Pada petang itu, seluruh Kampung Setia Jaya gempar mengenai berita penangkapan Kamil dan kematian Datuk Sudin.

Talqin Banduan Terakhir (Siri 3 Akhir)

KINI, Penjara Sungai Buloh, sel banduan terakhir.

Kamil menyerahkan sepucuk surat kepada warden penjara. Surat itu dimasukkan ke dalam satu sampul surat besar berwarna coklat. Kamil turut memasukkan seutas tasbih yang dipakainya kedalam sampul tersebut bersama kopiahnya.

“Encik, tolong bagi surat wasiat ni dan barang-barang ni kepada isteri saya ye,” ujar Kamil. Warden penjara tersebut mengangguk lalu beredar. Kamil terduduk di dinding. Hatinya merintih, memohon kepada Ilahi supaya hatinya dan hati isterinya kuat untuk menempuh ujian yang bakal berlaku. Warden penjara tadi kembali ke selnya.

“Kamil, ada lagi sejam lagi, saya harap kamu kuatkan iman kamu ye,” pujuk warden tersebut. Kamil menangis. Perlahan lahan dia membentangkan sejadah. Dengan keadaan menangis, dia mendirikan solat sunat taubat. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Terasa hatinya dibaluti bayangan dosa yang dilakukannya. Air matanya menitik di sejadah tatkala dia sujud. Warden yang melihatnya memalingkan muka ke arah lain. Hatinya turut terasa sebak.

Apartmen Mutiara, Kampung Pandan.

Kesejukan malam terasa mengcengkam sehingga ke tulang sum-sum. Aisyah mendirikan solat sunat taubat. Dia mengangkat takbir. Semasa membaca surah Al-Fatihah, air matanya mula merembes keluar. Aisyah meneruskan solatnya dalam keadaan menangis. Seusai solat, dia berdoa penuh khusyuk.

Ya Allah Ya Rahman, ampunilah dosa hambaMu yang hina ini, ampunilah dosa suamiku, sesungguhnya kami tak kuat untuk menghadapi dugaanMu ini, dugaanMu ini terasa sangat kuat Ya Allah.

Ya Rabbi, ampunilah dosa suamiku yang berada di penjara. Hamba tahu ini adalah dugaan dariMu Ya Allah. Ampunilah dosanya dari kecil hingga dewasa, dan hinggalah ke akhir hayatnya. Kuatkanlah hati-hati kami untuk kami menghadapi ujian ini. Kuatkanlah jiwa hamba untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Kuatkanlah hati hamba untuk menghadapi cabaran dalam membesarkan anak tanpa suami di sisi. Ya Allah.

Ya Allah, kuatkanlah ikatan cinta kami,kuatkanlah ikatan kasih sayang kami, agar kami dapat mnyambung percintaan kami yang Engkau redhai di syurgaMu. Tempatkanlah kami di tempat para anbiya’ dan orang –orang soleh.

 Air mata Aisyah menitik di telekungnya. Dia meraup wajahnya. Aisyah memandang ke arah anak kembarnya. Itulah peninggalan harta cinta antara mereka berdua. Dia mencapai Al-Quran lalu membukanya. Perlahan-lahan dia membaca surah Yaasin, mendoakan agar suaminya kuat dan dirinya tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Kamil berteleku di sejadah. Dia berdoa penuh khusyuk kepada Allah Taala. Warden penjara memandangnya. Terasa suasana di sel banduan terakhir itu tenang dan damai meskipun penghuninya bakal menjalani hukuman sebentar lagi. Dia memandang wajah Kamil. Wajah tersebut kelihatan bersinar dan bercahaya meskipun kelihatan pucat. Kamil meneruskan doanya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Ya Allah, dengan penuh kehinaan, dari seorang hamba yang penuh dengan dosa dan nista, dari seorang hamba yang berasal dari setitis air, hamba merayu kepadaMu Ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk menghadapi apa yang bakal berlaku sebentar lagi Ya Allah. Berilah kekuatan kepada isteri hamba yang bakal menghadapi dugaan membesarkan anak kami Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada anak-anak kami yang bakal membesar tanpa disisi mereka seorang insan yang bergelar ayah. Lindungilah mereka dari segala kejahatan samada kejahatan yang mendatang secara depan atau belakang. Lindungilah isteri hamba dari segala gangguan yang mengganggunya Ya Rahman. Meskipun kami bakal terpisah oleh kematian.

Ya Allah, dosa hamba dan isteri hamba menggunung tinggi, dengan jasad yang hina ini, hamba memohon keampunanMu Ya Tuhan. Bukan hamba tidak redha dengan ujianMu ini, cuma hamba hendak mengagu padaMu, kerana Engkau adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu, merintih segalanya, kerana Engkau adalah Pemilik kepada hamba. Tuhan yang berkuasa seluruh alam.

Ya Rahman. Kuatkanlah ikatan iman kami, kukuhkanlah hati isteri hamba dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. Kuatkanlahikatan cinta kami,janganlah Engkau putuskan ikatan cinta kami meskipun kami bakal terpisah di tembok kematianMu. Ya Allah, semoga kami dapat menyambung ikatan cinta kami, ikatan cinta yang Engkau redhai di Syurga FirdausMu. Agar dapat kami bersatu di syurgaMu, Ya Allah. Hanya Engkaulah yang berkuasa atas segalanya. Ya Allah, kuatkanlah iman kami, kuatkanlah ikatan cinta kami.

Kamil meraup wajahnya. Dia memandang ke arah Al-Quran. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Bibirnya membaca talkin untuk dirinya dengan suara yang tenang dan rendah.

Bismillahirrahmanni rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan

binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Warden penjara memandang sayu kepada Kamil. Kamil meneruskan bacaan talqinnya.Ya Allah, teguhnya iman hambaMu ini meskipun kematian sekamin menghampiriya. Tempatkanlah dia di kalangan para nabi dan orang-orang soleh. Dua orang pegawai pengiring menghampirinya. Mereka memandang Kamil. Terasa suasana begitu tenang dan damai.

Ingatlah wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Pintu sel dibuka. Kedengaran bunyi kunci berlaga bergemerincing. Kamil tetap tenang. Air mata mula membasahi pipinya. Dua orang pegawai menjalankan tugasnya.

Wahai Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah Mohammad Kamil Bin Hajah Zaharah, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Aisyah memandang gambar perkahwinan mereka. Hatinya terasa tenang dan dibaluti dengan kekuatan meskipun kematian akan memisahkan mereka suami isteri. Semoga Allah Taala menempatkan abang di Syurga Firdaus, dan Insya Allah kita akan bersatu menyulam cinta di akhirat kelak, di Syurga FirdausNya.

 

sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*