Maruah !! Susulan Individu Biadab Tidak Patuh Etika Pakaian Di Rumah Ibadat,Ini Komen “Padu” Mufti Wilayah Persekutuan

MARUAH… Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut menegaskan, individu biadab tidak patuh etika pakaian di rumah ibadat malahan buat provokasi berhak dihalau.

Mengulas etika pemakaian tutup aurat di masjid, beliau berkata, individu yang sengaja ingkar peraturan ditetapkan itu boleh dikenakan tindakan kerana penentuan kod pakaian tersebut bukanlah sesuatu yang amat mengongkong.

Sebaliknya ia diwujudkan pihak pengurusan masjid yang bertujuan untuk memelihara kemuliaan rumah Allah SWT yang tentunya jauh tidak sama dengan suasana berpakaian ketika berada di pasar, pejabat, hotel atau taman tema.

“Ini cegah individu tidak mematuhi etika berpakaian ketika berada di tempat suci itu dan sekiranya tindakan itu adalah satu bentuk yang boleh dianggap sebagai provokasi ataupun pengingkaran terhadap peraturan masjid.

“Bahkan pihak pengurusan masjid terbabit sebenarnya berhak meminta mereka untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengambil tindakan bersesuaian atas tindakannya di bawah kuasa diberikan pejabat agama.”

Selain itu, Zulkifli juga berkata, secara umumnya setiap rumah ibadat mana-mana agama pun ada menetapkan kod etika pemakaian tersendiri walaupun ia mungkin tidak zahir tertera secara jelas dalam kitab suci masing-masing.

Ia dapat dilihat jelas di seluruh dunia antaranya Kuil Angkor Wat di Kemboja, Gereja Pope di Vatican City, Kuil Sri Mariamman di Singapura dan Synagogue Yahudi terkenal iaitu Whitefield Hebrew Congregation di Britain.

“Pergilah sama ada ke gereja Kristian, kuil Hindu, gurdwara Sikh, wat Buddha dan tokong Tao di Malaysia, kesemuanya pun mempunyai kod etika pemakaian masing-masing yang dipatuhi dan dihormati sekian lamanya.

Ajaran Islam kata beliau seperti dipetik dalam sebuah akhbar tempatan, amat menekankan untuk menghormati maruah masjid, dan begitu juga rumah-rumah ibadat agama lain malah isu tersebut bukan pun perkara baharu.

“Penghormatan yang diberikan oleh Islam ini menunjukkan betapa Islam mengiktiraf kewujudan agama-agama lain dan memelihara hak-hak mereka,” jelas Zulkifli merujuk insiden di Masjid Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kes tular itu melibatkan seorang aktivis propembangkang, Maryam Lee yang menimbulkan kemarahan pengguna media sosial bukan Islam selepas mendakwa dihalau keluar dari masjid itu hanya kerana memakai pakaian seksi.

Wanita tersebut dengan biadab mendakwa konon masjid di Jogjakarta, Indonesia tidak akan berani menghalaunya keluar walaupun berpakaian sebegitu mencolok mata kalangan jemaah lelaki Muslim.

Sumber – Mynewshub

Terdahulu…Kenapa Dia Ini Tidak Beradab! Berpakaian Seksi Masuk Masjid Negara.. Lelaki Ini Selar Wanita Ini Dengan Ayat Padu

MELAMPAU… Seorang wanita sengaja menimbulkan provokasi dengan berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian kaki hingga ke paha di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.

Lebih biadab, dia kemudian memuat naik gambar eksklusif tersebut melalui akaun laman Facebook miliknya dengan menganggap pihak masjid berkenaan sebagai konon tidak mesra pengunjung.

Melalui screen shot yang tular di media sosial melihatkan aktivis feminisme propembangkang yang dikenali sebagai Maryam Lee sengaja melakukan perkara tidak beradab sedemikian di dalam kawasan masjid.

Dia turut membandingkan keadaan layanan di Jogjakarta, Indonesia konon tidak sama seperti di Malaysia yang bebas apabila pengunjung di negara itu tidak dihalau dari kawasan ibadah berkenaan.

 

Tindakannya itu turut mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar selain mendapat komen-komen negatif dari netizen di media sosial.

PROF. MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR, PRESIDEN PERTUBUHAN GABUNGAN WANITA ANTARABANGSA BAGI INSTITUSI KELUARGA DAN PENDIDIKAN BERKUALITI (WAFIQ).

“Semata-mata untuk membuktikan agama suka menghukum? Jika kita sudah tahu peraturan, adab yang digariskan, kenapa perlu sengaja melanggar peraturan yang telah digariskan sejak dari awal, kemudian menuduh masjid tidak mesra, tidak berdakwah?

“Memprovokasi, menimbulkan kemarahan orang ramai, kemudian membentak orang yang menegur sebagai menghukum, membawa “victim mindset” sudah menjadi modus operandi feminist yang memualkan,” ujar beliau melalui akaun Facebookmiliknya.

Masjid Negara antara tempat yang menjadi kunjungan ramai pelancong asing termasuk yang bukan beragama Islam dari seluruh dunia waima pernah dikunjungi bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Pelancong bukan Muslim diberi kebenaran untuk meninjau ke kawasan dalam masjid yang telah ditetapkan dengan syarat perlu berpakaian elok dan tidak colok mata, malah pakaian yang bertutup turut disediakan pihak masjid.

Maryam Lee tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut yang sengaja memburukkan nama baik Islam dan cuba membangkitkan tentang hak individu yang jelas telah melanggar peraturan dalam kawasan masjid.

Terdahulu, Maryam Lee mencetuskan kontroversi apabila bercerita dirinya rasa ditindas kerana diajar bertudung sejak berusia 9 tahun oleh ibu bapanya dan mencetuskan provokasi berkaitan ibu bapa yang mendidik anak-anak perempuan bertudung sejak kecil adalah satu bentuk penindasan hak dan penderaan fizikal terhadap anak-anak.

Malah dikatakan sebelum ini dia bertudung dan dapat memahami adab dan budaya ketika berada di Iran.

Bahkan umat Islam perlu mempunyai akhlak yang baik selaras dengan seruan Rasulullah SAW kepada umatnya.

“Tidak ada sesuatu pun lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah sangat benci orang yang suka berbicara keji dan kotor.” (Hadis riwayat HR. At-Tirmidzi dan Ibn Hibban)

SUMBER : MYNEWSHUB via Gedebakviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*