Doakan Ustaz Amin patah tulang punggun .. Range Rover nya di rempuh bas (8Gambar)

Kuala Selangor : Detik cemas Penceramah bebas, Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin, 42, dan keluarga apabila  Range Rover yang dipandu nya dirempuh sebuah Bas dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Rotan-Kuala Selangor, petang Ahad.

Ustaz Amin yang terkenal dalam misi kemanusiaan Masjid Al Aqsa dan isu Palestin, mengalami patah tulang punggung dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Rotan-Kuala Selangor, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, pemilik nama sebenar Muhammad Abdullah Al Amin yang juga Pengasas dan Pengerusi Yayasan Al Amin itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya ke Subang Jaya sebelum dirempuh bas persiaran dari arah bertentangan.

Kakitangan Yayasan Al Amin, Mohd Hafez Harun berkata, Ustaz Amin yang memandu Range Rover ketika itu turut membawa isteri, dua anaknya dan pembantu.

“Ustaz yang memandu ketika nak balik selepas selesai program keluarga.

“Saya difahamkan, secara tiba-tiba bas persiaran dari arah bertentangan hilang kawalan dan merempuh kenderaan Ustaz Amin dan dua lagi kenderaan lain di belakang kenderaan ustaz.

“Bomba terpaksa mengeluarkan Ustaz Amin yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ustaz Amin yang dilaporkan stabil gagal dihubungi dan masih dirawat di Sime Darby Medical Centre (SDMC).

Mohd Hafez berkata, isteri Ustaz Amin berusia 35 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan turut cedera terkena kaca.

Menurutnya, dua anak Ustaz Amin berusia empat bulan serta dua tahun dan pembantunya mengalami cedera ringan.

“Mereka dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum dipindahkan ke SDMC,” katanya, semoga Ustaz Amin dan keluarga cepat sembuh.

Sumber; accidentportal.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*