SUAMI CIUM JENAZAH ISTERI BATALKAH WUDUK JENAZAH?RAMAI YG TIDAK TAHU HUKUM YG SEBENAR, RUGI TAK BACA

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?

Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi? Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu. Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya. Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

 

Sumber dipetik dari blogammar.com

 

ANTARA SEBAB KENAPA LELAKI HANDSOME BUKAN PILIHAN WANITA

 

Ramai lelaki zaman sekarang ingat perempuan akan pilih lelaki yang ada handsome je berbanding dengan lelaki yang sederhana. Betul ke? Jangan terlalu confident sangat uolls! Itu apa yang uolls fikir wokeyy! Apa kata korang baca fakta tentang kenapa wanita lebih selesa pilih lelaki yang sederhana berbanding dengan lelaki yang handsome!

Moh ler kita usha kenapa lelaki yang handsome ni selalu kena reject dengan wanita. Jeng jeng jeng!

Lelaki Kacak Kuat Perasan

Lelaki kacak ni selalunya suka ingat diri mereka tu dah cukup sempurna sampai lupa diri dan berlagak. Senang cerita mereka akan anggap semua wanita suka dengan mereka dan ada sesetengahnya yang tak berapa nak serius dalam hubungan. Yeke? Ontah lah!

Lelaki Kacak Memilih Bulu

Tentang memilih bulu ini mesti kaum perempuan sangat setujukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tapi malangnya sedar ataupun tak, lelaki kacak pastinya bukan antara pilihan utama kaum perempuan! Sebab tu lah ada sesetengahnya melabelkan mereka ni sebagai “nak perempuan hot je”.

Lelaki Kacak Ikon Kasanova

Kasanova dan banyak spare part memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki handsome zaman sekarang ni! Hehehe. Pattern yang pilih rupa je mesti akan dilabelkan Kasanova.  Ya, bukan semua lelaki macam tu tapi biasa lah sebab kan nila setitik kan?

Lelaki Kacak Banyak Alasan

Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki handsome pula tak kurang hebatnya suka kasi 1001 alasan. Alasan yang selalu diguna pakai untuk nak melepaskan diri bila dah terkantoi atau nak jumpa perempuan lain. Tapi jangan ingat perempuan zaman sekarang tak bijak. Mereka lagi bijak dari apa yang lelaki fikir! Jangan berani-berani nak menipu perempuan. Hehehe

 

Sumber : tokeinfo,Suria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*