(SOAL JAWAB AGAMA) – JIKA POTONG KUKU DALAM KEADAAN BERWUDHUK, PERLUKAH AMBIL WUDHUK SEMULA….

Jika Potong Kuku Dalam Keadaan Berwudhuk, Perlukah Ambil Wudhuk Semula…. | UAI telah ditanya tentang soalan yang agak pelik. Tapi tertanya juga hukumnya bila difikirkan. Soalannya adalah Jika potong kuku dalam keadaan berwudhuk, perlukah ambil wudhuk semula jika ingin solat?


Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Tak perlu ambil wudhuk semula kerana tidak batal wudhuk. Wudhuk sah walaupun kuku panjang, tetapi kena pastikan air sampai di bawah kuku dan tidak hanya membasuh di bahagian atas kuku sahaja..sebab kalau kuku panjang, kuku terkeluar dari kawasan daging jari dan ia dipanggil ‘zahir’..maka wajib pastikan air sampai ke kawasan daging di bawah kuku tersebut. Tetapi jika kita potong kuku menjadi pendek, kuku akan berada sama kawasan dengan daging jari maka kita tak wajib utk buka celah2 kuku tersebut ketika berwudhuk kerana ia dikira ‘batin’.

Video Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Sumber:mediasebenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*