RAHSIA IBLIS YANG KITA PERLU TAHU

Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Anas bin Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yang menceritakan pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t. tentang bamyak perkara.

Iblis bertanya kepada Allah s.w.t :”Ya, Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat tinggal,ia itu rumah untuk berzikir kepadaMU. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.”
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)

Iblis berkata: “Ya, Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul( masjid, surau), di manakah tempat bagiku berkumpul ?” Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ” Wahai Iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar , tempat-tempat hiburan (pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.

Iblis berkata lagi:”Ya, Tuhanku! Engkau telah memberi kepada anak adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah kepadaku apakah bahan bacaanku?” “Wahai Iblis! bahan bacaanmu ialah
syair (sajak ,lagu,puisi yang melalaikan manusia daripada mengingati Tuhan).

Iblis berkata: “Wahai, Tuhanku! Engkau telah memberikan cerita-cerita (kata-kata benar) apakah cerita bagiku?” Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: cerita-cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)”

Iblis bertanya lagi: “Wahai, Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?” Firman Allah s.w.t.yang bermaksud: “Wahai Iblis,azan untukmu ialah seruling.”

Tanya iblis lagi: “Wahai, Tuhanku!Engkau telah mengutuskan para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai Iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib) ataupun yang lebih kurang sama dengannya.

Kata iblis: ” Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kitab bertulis (ayat-ayat al-Quran) kepada anak adam. Apakah tulisan bagiku? Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai iblis tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu di badan. (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?” Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai iblis perangkap untukmu ialah wanita-wanita.

Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak adam( yang disebutkan namaMU ), Apakah makanan untukku?” Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai iblis makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*