PESAN RASULLAH JANGAN KAHWINI WANITA YANG TERGOLONG DALAM KUMPULAN INI. NO 2 DAN 4 WANITA YANG TERGOLONG DALAM KUMPULAN INI PALING RAMAI!.

Pesan Rasullah Jangan Kahwini Wanita Yang Tergolong Dalam Kumpulan Ini. No 2 Dan 4 Wanita Yang Tergolong Dalam Kumpulan Ini Paling Ramai!.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.

1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah :
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.

Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah :

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.

Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : Ada 2 Makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.

Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

 

 

 

Sumber: Kartel Dakwah

.

Mahu Perbaiki Diri, Neelofa Cadang Buka Pusat Tahfiz

MAHU fokus memperbaiki akidah dan akhlaknya sebagai seorang Muslim, siapa sangka wanita semuda ini memasang hasrat untuk menyumbang semula kepada umat Islam yang lain agar kehidupan mereka juga terbela.

Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang telah menyimpan hasrat untuk membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagaimanapun, usahawan berjaya itu terlebih dahulu mahu memeperbaiki dirinya sebelum melaksanakan hasrat yang sudah lama tersimpan itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,”tambahnya lagi.

Dalam perkembangan baharu, Neelofa, 28, yang popular menerusi drama berantai Suri Hati Mr. Pilot itu mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan tudung Naelofar Hijab serta komitmennya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Walaupun semakin sibuk dengan urusan perniagaan dan jawatan yang baru disandangnya itu, wanita kelahiran negeri Kelantan itu masih akan meneruskan lagi aktiviti seninya.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,”ujarnya.

Tambahnya juga, dia turut tidak akan menolak jika ada mana-mana tawaran yang datang agar dapat menambah pengalaman dan mengasah lagi bakatnya sebagai penggiat seni. – MYNEWSHUB.CC/AH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*