Penting! Cara Mengenal Barangan Yang Diperbuat Daripada Kulit Babi

Rata-rata kita tahu bahawa kulit babi banyak digunakan dalam produk-produk atau barangan yang diperbuat daripada kulit. Kalau tidak diperhatikan betul-betul, mungkin kita akan terbeli barangan tersebut. Oleh itu, kalau nak membeli barangan kulit, eloklah dibelek-belek dulu luar dan dalam supaya tidak terbeli barangan daripada kulit babi.Hasil carian imej untuk Cara Mengenal Barangan Yang Diperbuat Daripada Kulit Babi

Mungkin juga ramai yang sudah tahu cara mengenal kulit babi ini, walau bagaimanapun eloklah kita kongsi bersama info ini, untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.Hasil carian imej untuk Cara Mengenal Barangan Yang Diperbuat Daripada Kulit BabiJadi, bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti

Cara untuk mengesyakinya ialah:1. Harganya lebih murah daripada kasut atau barangan kulit yang lain.
2. Kebiasaannya kulit babi ini dipasang pada bahagian dalam kasut atau beg tangan sebab ia lembut, kadang-kadang agak tersorok.
3. Paling banyak didapati pada kasut kanak-kanak perempuan.
4. Banyak juga terdapat pada beg tangan, purse (sebelah dalam), kasut wanita (perhatikan betul-betul kerana produk yang ada brand pun banyak menggunakan kulit babi ni) dan sandal lelaki.

 

Sumber: tvceramah

 

.

 

Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri

Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,
Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.
Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

 

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

 

Sumber: NasihatUstaz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*