PENJELASAN SUAMI TERTARIK DENGAN WANITA LAIN. INI LAH YANG VIRAL KEBELAKANGAN INI..PARA ISTERI HARUS AMBIL SERIUS PERKARA INI…

Dalam sebuah hadi seahih diceritakan oleh Jabir bin Abdullah r.a. bahawa suatu hari ketika nabi S.A.W berjalan, melintas di hadapan baginda seorang wanita. Dalam keadaan itu, Nabi timbul berkenan. Maka Baginda S.A.W pun pergi ke rumah isterinya, Zainab binti Jahsy. Nabi menyempurnakan hajat keinginannya dengan isterinya itu.

Selepas keluar bertemu para sahabat, Baginda menyampaikan peringatan iaitu apabila seorang lelaki itu berasa berkenan kepada seorang wanita, maka pulanglah ke rumah. Sesungguhnya apa yang ada pada isterinya di rumah ada juga pada wanita yg diminati tadi.

inilah ajaran Nabi S.A.W kepada para suami yg berkenan kepada wanita yg bukan isterinya. Islam membenarkan seorang lelaki Muslim itu memandang wanita yg bukan mahramnya dalam situasi tertentu sahaja seperti melibatkan urusan kerja atau berurus niaga.

 

Jika melihat wanita tanpa ada tujuan tertentu, sekadar suka-suka , apa hukumnya?

Kalau sekadar suka-suka hendak melihat sehingga menaikkan keinginan syahwat, maka hukumnya HARAM. dan sangat dilarang oleh syarak. ini kerana tabiat lelaki, apabila memandang akan wanita ,maka bergeraklah hatinya, terasa berkenan sehingga terkeluar kata-kata” Eh cantik juga dia nie.”Demikian lah tabiat manusia yg dijadikan oleh Allah S.W.T. Allah Sebutkan dalam Al Quran maksudnya

Dihiaskan dan dijadikan idanh kepada manusia kesukaan kepada harta benda yg diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak pinak…(Ali’ Imran3: 14)

Jadi kalau lelaki minat kepada wanita , itu perkara biasa. Perkara yg lumrah. Yang luar biasa ialah kalau lelaki minat sesama lelaki. Itu luar tabi’i.

 

Bagaimana pula jika sesampai sahaja di rumah, isteri buat tidak faham, tidak mahu melayan kehendak suami?

Itu buka tindakan yg betul. Nabi S.A.W melarang para isteri berbuat begitu. Baginda S.A.W mengingatkna, jika suami berhajatkan layanan isteri (hubungan kelamin) ketika sedang menunggang unta sekalipun wajib penuhi kehendak sumaiitu. Apatah lagi jika isteri sedang memasak, padamlah dulu api dan sempurnakan hak suami. melainkan jika terhalang dek uzur syar’i seperti haid dan nifas; suami tidak boleh berbuat apa-apa.

Rangsangan nafsu seks suami jika tidak dilepaskan di tempat yg sah, ia boleh memberi impak emosi kpd suami berkenaan. Mungkin dia boleh jadi bengis atau sebagainya. Bagi para isteri pula, pengorbanan dan kesetiaan melayan suami dgn taat dan kasih sayang pasti akan beroleh pahala yg besar di sisi Allah S.W.T dan kasih Nabi S.A.W. Ini kerana waita seumpama ini telah mencontohi keperibadian isteri Rasulullah S.A.W. Oleh itu para isteri , apabila melihat reaksi ‘lain macam’ dpd suami yg sedia difahami oleh isteri akan maksuddan kehendaknya, maka tunaikanlah keinginan yg satu itu.Menunaikan hajat suami beroleh pahala dan rahmat Allah S.W.T.

Apakah Nasihat ustaz, atau panduan keapda pasangan suami isteri yg terpaksa berjauhan disebabkna kerja , hinggakan peluang bertemu hanya pada hujung minggu sahaja?

Ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian :

usahakan cari jln penyelesaian supaya dapat tinggal bersama. Banyak berlaku kes kecurangan gara-gara terpikat atau digangu org ketiga. Tanpa kekuatan iman, bukan mudah suami isteri yg tinggal berjauhan menghadapi ujian dan cabaran akan datang.
jaga maruah. jangan ada niat utk memikat org lain. apabila kita berniat hendak berbuat jahat, syaitan akan segera menyemarakkkan niat tersebut sehingga menjadi kenyataan.
Selalu berhubung dan bertanya khabar.
kuatkan hubungan dengan Allah. Saling pesan-memesan dan doa mendoakan.Lakukan semuanya ikhlas keranan Allahsupaya kasih sayang dan kejujuran terus subur dan teguh

bagaimana hendak memikat kasih suami?

Tambat hati suami dengan dua perkara:

Masak Sedap-sedap dan tingkatkan kemahiran memasak.beri suami makan kenyang-kenyang dgn makanan yg berkhasiat supaya hatinya tenang.
beri kepuasan hubungan jimak dengan suami

 

Setiap orang bertanggungjawab memastikan tempat kerja bebas daripad unsur-unsur yg bersifat merangsangkan nafsu. Apakah langkah-langkah yg perlu dilakukan?

Bagi kakitangan wanita, jgn mengenakan minyak wangi yg berbau kuat dan menggoda. memadai untuk kesegaran dan meggelakkan bau badan. bau perfume wanita yg melebihi ‘had sepatutnya’ boleh mencuit syahwat lelaki.
Jangan sesekali menggunakan nada menggoda atau memujuk apabila bercakap dengan lelaki. Bercakap dengan nada tegas.
jaga gerak geri dan cara berjalan. jangan buat cat-walk di hadapan lelaki.
senyuman yang berpada; sekadar untuk menunjukkan kesopanan diri ketika berurusan dengan lelaki.

Sumber:Q&A Bersama ustaz Kazim Elias Via jamtanganmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*