Makna “Kun Fayakun”

Dalam al-Qur’an, Allah berfirman: “Inama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun” (Surah Yasin: ayat 82)

Dari Tafsir Ibnu Katsir : Yakni sesungguhnya Allah memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu diulang atau ditegaskan. (Tafsir Ibnu Katsir )

Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam, diketahui bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan tidak berhuruf dan tidak bersuara.

MUSTAHIL bagi Allah Taala BERKATA-KATA MENYEBUT “Kun Fayakun”.

Maha Suci Allah dari berkata-kata sesuatu yang menyerupai kata-kata manusia.

 

Dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141 :

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah.

Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Dia kehendaki, bahawa Dia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang Dia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.

Maka adapun, makna,

Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.”

Ia menunjukkan di atas segera mengadakan.

Kemudian, adalah perkataan, “Kun” itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, Allah Taala telah ada sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah), “Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala sifat-sifat kemakhluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang.

Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.

 

Wallahu a’lam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*