KISAH ANJING MARAH MENERKAM SI PENDETA NASRANI OLEH KERANA MENCACI RASULULLAH S.A.W DIHINA

Di Indonesia Ahok menghina Alqur’an sebagai alat pembodohan, keamanannya dijaga polisi. Tapi dahulu yang yang menghina Nabi anjing membunuh si penghina.

Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah bercerita:

Pernah suatu hari ada sekelompok orang dari kalangan pembesar Nashrani menghadiri sebuah perayaan seorang pemimpin Mongol yang telah murtad (menjadi Nashrani).

Dan pada perayaan itu ada seorang pendeta yang menghina Nabi SAW, sedangkan di sana ada seekor anjing pemburu yang terikat.

Maka saat si penyembah salib yang dengki ini mulai mencela Nabi SAW anjing tersebut menggonggong dengan keras lalu kemudian menerkam si Nashrani itu dan mencakar wajahnya.

Maka orang-orang yang melihatnya terkejut dan segera berusaha menyelamatkannya. Lantas sebagian orang yang hadir berkata: Itu diakibatkan hinaanmu kepada Muhammad SAW.

Lantas si Nashrani berkata: Tidak, Anjing ini hanya spontanitas karena melihat isyarat tanganku dan disangkanya aku ingin memukulnya.

Namun kemudian Si Nashrani ini mengulang kembali celaannya terhadap Nabi SAW dengan perkataannya yang sangat keji. Maka si anjing pun berhasil lepas dari ikatannya dan langsung saja menyambar leher si Nashrani itu dan merobek hingga bagian dadanya yang paling atas.
Orang itu pun mati seketika.

Di zaman kita, apakah anjing lebih mulia dan lebih pemberani daripada manusia?

{Lihat: Al Haafidz Imam Ibnu Hajar Al Asqolany didalam kitab “AdDurarurl Kaaminah Fi A’ayaanil Miati Tsaaminah” Jilid 4 Halaman 153.}

قصة الكلاب الذى انقض على النصراني الذى شتم النبي

ابن حجر العسقلاني

أَن بعض أُمَرَاء الْمغل تنصر فَحَضَرَ عِنْده جمَاعَة من كبار النَّصَارَى والمغل فَجعل وَاحِد مِنْهُم ينتقص النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَهُنَاكَ كلب صيد مربوط فَلَمَّا أَكثر من ذَلِك وثب عَلَيْهِ الْكَلْب فخمشه فخلصوه مِنْهُ وَقَالَ بعض من حضر هَذَا بكلامك فِي مُحَمَّد صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فَقَالَ كلا بل هَذَا الْكَلْب عَزِيز النَّفس وَآل أُشير بيَدي فَظن أَنِّي أُرِيد أَن أضربه ثمَّ عَاد إِلَى مَا كَانَ فِيهِ فَأطَال فَوَثَبَ الْكَلْب مرّة أُخْرَى فَقبض على زردمته فقلعها فَمَاتَ من حِينه فَأسلم بِسَبَب ذَلِك نَحْو أَرْبَعِينَ ألفا من الْمغل

ابن حجر العسقلاني، الدرر الكامنة في أعيان المائة الثامنة، ت محمد عبد المعيد ضان، مجلس دائرة المعارف العثمانية، صيدر اباد – الهند، الطبعة الثانية 1392هـ/ 1972م ج 4 ص 153.

Baarakallah fii kum
Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya.
Jawabnya ,
Tak bidaah sayang, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,

Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini digalakkan.Dua af’al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu 1- Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56
2- Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4.
Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.

riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. ” Izinkan aku memujimu ” Rasulullah bersabda : ” Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit’. Saidina Abbas mula berqasidah ” sebelum ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2 syurga …. sehingga akhir qasidahnya.
Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan ” Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit “.Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan ” Benarlah kamu wahai Abbas”.

Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya ” Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa’.Tidakkah kamu mahu memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya ” Siapakah yg berqasidah itu”. Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa. Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.
Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al Jihad.

Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda ” Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.”.
Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.

Banyak lagi dalilnya,kenyataan qasidah bukanlah amalan sunnah adalah satu kesilapan,ada sahabat yg melakukannya dan nabi tidak mengingkarinya,mengikuti sahabat adalah perintah Rasulullah s.a.w. dan ada dalil mengenainya.Nasihat ustaz janganlah kita mempertikaikan amalan orang lain yang ada dalil2nya bahkan kita sibukkan diri kita memperbaiki ummah yang rosak ini,yg kita bimbang lagi takut2 kita termasuk didalam ummah orang yg rosak ini. Wal iya zubillah, semoga Allah merahmati kita semua.

Sumber:ilmu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*