Ini Cara Mandi Wajib Dari Jakim Yang Mudah Difahami

Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkeluar air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.

 

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

1. Niat ketika air sampai ke tubuh

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

 

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Kredit : Jakim

Baca Juga

5 Negara di Mana Rakyatnya Paling Pantas Terkorban Teruna dan Dara Mereka Pada Usia Remaja

Juga Baca

Hindari 5 Ritual Kecantikan Ini Setelah Facial Atau Wajah Jadi Rosak!

Facial merupakan salah satu perawatan yang memiliki banyak manfaat untuk kulit wajah. Perawatan kecantikan yang sebaiknya dilakukan seminggu sekali ini bisa membantu meremajakan dan mengatasi berbagai masalah kulit.

Walaupun begitu, facial juga membuat kulit wajah jadi lebih terdedah selama beberapa waktu. Jadi alangkah baiknya jika kita dapat menghindari beberapa ritual kecantikan yang ternyata membahayakan, setidaknya sampai seminggu setelah facial.

Berikut ini kami tampilkan beberapa hal yang sebaiknya dihindari setelah melakukan facial, dipetik dari laman web gaya hidup Boldsky.

Eksfoliasi

Eksfoliasi atau pengelupasan kulit setelah facial bisa mendatangkan kerosakan bagi wajah. Kulit sudah melalui eksfoliasi selepas facial. Melakukan pengelupasan kembali dalam jangka waktu yang terlalu pendek akan menyebabkan kulit terdedah jerawat.

Waxing atau pencabutan rambut

Waxing atau pencabutan rambut (threading) setelah facial juga bisa mengakibatkan kulit yang masih terdedah mudah
kerengsaan. Jika ingin melakukan waxing atau pencabutan, sebaiknya lakukan sebelum facial.

Penguapan wajah

Kerana kulit masih belum ‘sembuh’ total dari kemerahan dan bengkak setelah facial, sebaiknya penguapan wajah atau face steam juga dihindari dulu. Wap panas akan membuat wajah terasa pedih dan merangsang pertumbuhan jerawat.

Makeup

Solekan wajah mengandungi berbagai bahan yang cukup keras untuk kulit sensitif pasca-facial. Jadi sebisa mungkin hindari kosmetik setidaknya selama 72 jam setelah facial. Apalagi kosmetik waterproof yang bisa menyumbat pori-pori.

Urutan wajah

Facial massage memang berguna untuk melancarkan peredaran darah dan membantu agar kulit lebih mudah menyerap nutrisi dari produk perawatan. Tetapi sebaiknya hindari perawatan ini sementara jika kamu baru melakukan facial.

Itulah beberapa ritual kecantikan yang sebaiknya dihindari setelah kulit menjalani facial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*