Duhai Anak, Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia

Kehidupan manusia ada pada dua dunia iaitu sebelum dan selepas mati. Kehidupan di dunia yang fana penuh tipu daya dan hasutan syaitan dan kehidupan selepasnya pula ada juga fitnahnya yang dipanggil fitnah alam kubur. Justeru, berbagilah hidup di dunia dengan amalan yang baik dengan bijaksana agar kita beruntung di kedua-duanya iaitu di dunia dan akhirat.

Antara tuntutan yang perlu dibuat agar kita terselamat di kedua dunia adalah kuasai bacaan al Quran. Kena hadam dan faham betul-betul isi kandungan al Quran. Antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Al Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, Al-Quran sebagai Kalam Allah dapat memberi pertolongan, atas izinNya, dalam bentuk syafaat. Ia boleh menjadi perantara untuk menolong kita ketika mempertanggungjawabkan amal kita di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala. Jika kita susah nak masuk syurga, nanti al Quran akan datang sebagai pembantu untuk backup mana yang tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu…

“Dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga. (Surah Thur: 21).

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya:Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia

– nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
– harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
– bila raya balik jenguk rumah pusaka…

Sumber: aynorablogs Via Pendekar Hitam 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*