Amalan Zikir Untuk Menundukkan Nafsu Dan Kesombongan…Mohon sebarkan ya sahabat

Ada yang bertanya apakah zikir untuk menundukkan nafsu syahwat supaya dapat hidup dengan lebih tenang dalam mentaati perintah Allah s.a.w. Tidak dapat dinafikan dalam kehidupan ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran. Selagi kita ini hidup, cabaran dan ujian silih berganti.

Di antara ujian getir ialah runtutan syahwat yang tidak terkawal. Memang kita ketahui nafsu syahwat yang tidak terkawal membawa akibat yang buruk kepada diri berkenaan. Kemungkinan besar boleh terjerumus dosa besar jika iman lemah dan tidak mampu membentengi diri dari godaan syaitan. Saya tidak berniat untuk menulis panjang dalam soal ini, perbincangan berkaitan boleh dibincangkan pada ruang yang lain. di sini saya hanya ingin memenuhi hasrat mereka yang bertanya tentang amalan zikir yang boleh diamalkan bagi menundukkan nafsu syahwat.

Semoga apa yang dikongsikan di sini mendatangkan kebaikan untuk semua, insya Allah.

Amalkan zikir Ya Qahhar:

Allah al-Qahhar adalah Dia Yang Maha Mengalahkan seluruh makhluk dengan keperkasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Menjinakkan sesiapa yang menentang-Nya dengan menunjukkan bukti keesaan-Nya. Dia-lah Yang Mahan Menundukkan sesiapa sahaja yang membantah-Nya dengan kekuasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Mematahkan belakang mereka perkasa dari musuh-Nya dengan kematiaan dan kehinaan.

Cara beramal:

Bacalah 337 kali siang dan malam dengan menghayati makna sehingga meresap ke dalam hati. Yakin bahawa Allah s.w.t. akan memberi kekuataan kepada dirinya untuk menundukkan, mengalahkan, menguasai dan mengendalikan hawa nafsunya.

Bacalah doa berikut:

Ertinya:”Tuhanku, Engkau telah menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi mahupun yang rendah, yang dekat mahupun yang jauh. Anugerahilah aku secercah rahsia asma’- Mu al-Qahhar, agar nafsuku tunduk dan dapat kukendalikan dan agar berlutut di hadapanku seluruh penjahat. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku kemampuan menguasai seluruh kewujudan diriku, agar aku dapat menghadapi iblis dan selamat dari pujuk rayuan syahwat. Ya Allah, jadikalah aku selalu memandang kegermerlapan cahaya nama-Mu al-Qahhar (Yang Maha Mengalahkan), sehingga aku tidak terpedaya dengan semua yang agung dan perkasa di bumi ini, wahai Yang Maha Agung, Yang Maha Menundukkan segala yang agung. Dan semoga selawat da salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul kami Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat beliau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*